Tuesday, December 23, 2008

RJ Si Lebai Malang

Sudah jatuh ditimpa escalator!! Itulah Mr. RJ yang ku kenal~ setelah kehilangan kereta sebulan yang lalu...dua hari sudah kereta barunya pula ditabrak orang dari arah belakang. Huhu. Apa la malang sangat nasib engkau ni RJ?? Aku rasa dah tiba masanya engkau pegi spa then mandi bunga banyak-banyak! Haha. Tapi walau pape bersyukur la Mr. RJ and fwenz takde cedera pape. Mungkin Tuhan masih sayangkan korang...lepas ni beringat-ingat la ye. Jangan asyik nak seronokkkkkk je ya! Adios.



* TAKZIAH bebanyak atas 'keuzuran' WSA3802...semoga 'kuda' putih itu akan terus gagah 'berlari'~ hiks.

Monday, December 22, 2008

Aku Datang Kembali

Hey! Lama betul tak blogging... waduh-waduh, kekok je rasa. Huhu. Mungkin ini yang dikatakan manusia, asal tinggalkan sesuatu perkara then bila nak mulakan balik mesti rasa lain macam je kan? Macam baca Al-Quran; try la tak baca lama-lama. Gerenti gagap punya!! Confirm gua cakap lu! Haha.

Dah-dah... actually.

Aku tak punya idea untuk 'mencurahkan' sesuatu di blog ini. Jadi apa kata kita up-date pape yang patut seringkas yang boleh. Check it out.

:: Disember 7, 2008... percutian 'masam-masam manis' di Indonesia sempena Aidiladha. Macam-macam perkara dah berlaku yang malas aku nak ceritakan di sini. Namun pape pun thanks to mama and ayah atas percutian itu. Mwahx.

:: Disember 14, 2008... perginya salah seorang uncle ku ke pangkuan Ilahi buat selama-lamanya. Al-Fatihah...

:: Disember 20, 2008... Sabtu yang indah bersama Aliyah di Zoo Negara. Ini akan aku cerita lebih-lebih dalam post yang seterusnya. Tunggu~

So, itu saja untuk kali ini. Da daa.

Thursday, December 4, 2008

Anda Mampu Mengubahnya





KeDeBaBo!

"Alamak...ni mesti accident. Yeah right...accident!!"

Itu yang terlintas dalam fikiran. Takde lengah-lengah, aku tinggalkan Vaio untuk menjengok dari balcony 3A-3F. Fuhh!! Kelihatan dua buah motorsikal dan sebuah van 'tersadai' di tengah jalan. Ketika itu juga kelihatan seorang pemuda sedang terbaring di tengah jalan dan seorang lagi (tidak pasti jantinanya) kaku di celah-celah semak. Namun, aku yakin, kedua-duanya pasti berkongsi rasa yang sama. SAKIT.

Selang beberapa minit tempat kejadian mula dikerumuni insan-insan mulia. Semua ingin membantu tapi malangnya keadaan mangsa begitu kritikal. Sebaiknya diserahkan pada yang pakar dan Alhamdulillah...si pakar tiba setelah hampir 20 minit menunggu. Pada mulanya aku merungut sendirian, 20 minit?! Hish!! Lems gila! Tapi setelah difikir-fikir aku mula faham. Itu kan waktu orang pulang dari tempat kerja...sudah pasti sesak sana sini. Haih~ tambah malang hujan mula membasahi bumi. Sekali lagi aku berkata sendirian,

"YA ALLAH, UJIAN APAKAH INI...?"


* Terima kasih buat insan-insan mulia, sikap jaga tepi kain orang itu kadangkala ada baiknya. Pak polisi, jalan itu pasti bertambah sesak tanpa kalian. Terima kasih. Pegawai-pegawai perubatan, anda sudah lakukan yang termampu. Tahniah.

Tuesday, November 25, 2008

Hari Yang Memalukan

"Sungguh akademik"

Itu yang aku gambarkan kepada mereka yang bertanya,

"How's your new job?"

Hari ini sudah masuk hari ke-3 aku sebagai GRA di PPU. Tak pernah jejak masuk office since first day hari tu...hanya mengunjungi library untuk mencari beberapa buah buku untuk rujukan research. *bosan*
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Yesterday, PTSL (library).

Masuk sahaja terus dapatkan OPEC (sistem mencari buku di library). Setelah jumpa buku yang aku nak, terus ke Koleksi Islam. Almost 30 minutes, at last jumpa buku-buku yang dicari. Lega. Ouh ya, lagi satu di Koleksi Asia Tenggara (KAT). Dowh, naik pula level 5. Unfortunately buku di situ tak boleh dipinjam. Takpe-takpe, next week datang balik then analyze aja di situ. On the way nak keluar dari KAT, terserempak dengan pelawat-pelawat from UM. Aduh...takpe-takpe, ikut laluan lain. Next? Apa ya? Hah! Pinjam buku, pastu blah.

Aku: Assalamualaikum. Pinjam :)
Librarian: Sekarang self-service...pergi kat situ (sambil menunding jari ke arah mesin pengimbas buku).
Aku: (Alamak!)

Sampai di situ aku tengok kiri kanan. Adeh macam mana nak buat ni...? Ok, try scan kad matrik dulu.

*SILA DAPATKAN KATA LALUAN ANDA DI KAUNTER*

Aku: Baru la :)
Librarian: Ya? Ok sekejap...(beberapa saat)...ok, ni nombor awak.
Aku: Terima kasih.

Scan kad matrik balik...aiks? Nape tak boleh? Sekali, dua, tiga...(pandang belakang) dua orang pelawat UM ada di belakang.

Pelawat 1: Takpe-takpe, buat je. Just nak tengok macam mana mesin ni. Kira demo.
Aku: (Senyum) (Mengelabah)

WTF?! Kenapa mesin ni tak boleh-boleh dari tadi?! Pelawat-pelawat dah makin ramai! Malunyaaa...

Tiba-tiba,

Librarian: Takpe-takpe, sini saya buatkan.
Aku: Erm, ok...(Senyum tawar)

2 minit aku dijadikan sebagai demo...sungguh memalukan sebagai seorang masters students. Pasni, nak selalu pegi pinjam buku di library. *blushing*

Sunday, November 23, 2008

Assalamualaikum Prof.

20:35

Aku: Assalamualaikum Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Waalaikumsalam w.b.t.
Aku: Sihat Prof?
Prof. Madya Dr. Agus: Sihat, Alhamdulillah...ya ada apa? Kat mana ni?
Aku: Saya...di Kajang Prof. Di rumah. Saje call, tanya khabar.
Prof. Madya Dr. Agus: Ouh, bereh...
Aku: Jadi saja nak tanya Prof...result bila keluar ya?
Prof. Madya Dr. Agus: Ahh minggu depan keluar la. Kamu dua subjek je kan sem ni? Kira ok la tu...
Aku: Eh, tiga Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Ya? Takpe-takpe. Kira bereh la tu. Kena dapat at least B saja. Tapi result tak boleh tengok lagi. Dia hantar rumah.
Aku: Ouh ya? Ok-ok Prof. Takde masalah. (diam) Urm, tulisan saya teruk sikit la Prof. Maaf ye, tak cukup masa. Tulisan pun dah tak boleh nak control.
Prof. Madya Dr. Agus: Ouh itu takpe...anything call la. Kita mesyuarat dulu. Rasa-rasa semua bereh...
Aku: Baik Prof. Maaf menganggu. Anything saya call la ye. Assalamualaikum Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Bereh...Waalaikumsalam.

Kini, hanya berserah pada-Nya *risau*

Tidak Salah Sesekali

Sudah dua hari aku hanya di rumah. Tak ada aktiviti yang menarik selain mengadap Psp and Sudoku. Aliyah ada jugak tanya tak bosan ke duduk kat rumah...tapi aku? Entahlah, ok je. Mungkin sebab hari-hari pun bangun lewat kot. So, hari jadi pendek; tak terasa.

Sabtu, malam.

Baru terasa bosan. After dinner dengan Jern di Bangi Kopitiam kami terus balik. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Jern masuk bilik then online. Aku sesorang di hall. Nak main Psp dah jemu. Sudoku? No, thank you. Text Aliyah...dia dah say "good night" sejak aku di Bangi Kopitiam lagi. Termenung. Haa...YouTube! Hmm, apa yang nak tengok?!

Sepi.

Khabir Bhatia yang bikin. Tak pernah tengok...elok sangat la time sepi macam ni. Haa ha. Ok lah~ takde scene letup-letup or tembak-tembak. Tapi jalan cerita tersusun. Aku bukan orang seni. Pandai memberi komen, kritik sesebuah karya. Apa yang pasti bila menonton bersendirian message itu sampai, buat aku terpikir tentang c.i.n.t.a.

Haih...dia dah tido. Nak telefon, tak elok ganggu orang sedang tido.

Kamu.

Esok jumpa, izinkan kita secret dahi kamu. Ya?

*Adakah sepi mengajar kita untuk menjadi jiwang? Tidak salah sesekali... ;)

Wednesday, November 19, 2008

Ella - Standing In The Eyes Of The World



Wohoo...Standing In The Eyes Of The World, ini lagu Komanwel 98' Kuala Lumpur. Time ni aku baru je masuk sekolah menengah. Walaupun lagu ni dah lama tapi bagi aku ia still maintain besh and you Ella, rockz! Haha. Semangat!!

Tuesday, November 18, 2008

Perpisahan

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa hilang di mata tapi di hati tetap jumpa...lalala~"

Ini adalah antara bait-bait lagu yang selalu aku menyanyi time join mana-mana camping ketika di zaman persekolahan. Sedih, sayu dan macam-macam lagi perasaan bermain di fikiran ketika menyanyikan lagu ni. Perasaan itu mungkin timbul disebabkan lagu ini ada kena-mengena dengan perpisahan. Jadi tak hairan kenapa ramai kawan-kawan camping aku dulu muka toya ja bila menyanyi lagu ni. Haha. Bercakap mengenai perpisahan, rumah beralamat 3A-3F bakal kehilangan salah seorang ahlinya. Sham. Dia akan meninggalkan kami. 5 bulan bersama banyak yang kami dah tempuhi sebagai orang bujang. Aku masih ingat lagi bagaimana satu ketika itu masing-masing tak tahu memasak and at last Sham offer diri untuk jadi chef. Alhamdulillah, sekarang Lodeh pun dia dah TERROR! Serious, sekali lagi aku tekankan TERROR! Taqi one of vocalist kumpulan nasyid Nice pun puji lebih-lebih, siap tambah 3 kali waktu berbuka puasa Ramadhan yang lalu. Hehe. Baguslah, 3A-3F banyak mengajar kami apa itu erti kehidupan yang sebenar. By the way, cakap punya cakap hampir terlupa pulak nak bagi tahu kenapa Sham terpaksa quit dari 3A-3F. Sebenarnya, atas rasa tanggungjawab kepada keluarga Sham terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menguruskan perniagaan bapanya. Sudah tiba masa untuk dia berbakti kepada keluarga setelah 3 tahun menjadi student Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Perniagaan di UKM. Mungkin menyedihkan kerana kehilangannya namun dalam masa yang sama aku bangga dengan Sham. Sikap gigih dan sentiasa positive thinking beliau akan aku jadikan sebagai insipirasi dalam menghabiskan sisa-sisa sarjana aku di UKM. Jauh di mata, dekat di hati. Persahabatan ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Doa aku, Sham, kau akan terus maju ke hadapan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.



Dowh, hampir lupa...3A-3F juga ingin mengucapkan welcome to new members Rajan and Isyraf. Kini ahli 3A-3F adalah aku, Kaka, Rajan and Isyraf ;) to Rajan, kau mungkin akan dilantik sebagai 'mama' yang baru! Haks.

MADAGASKAR: ESCAPE 2 AFRICA

Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah kena balik ke Kajang...paling tak best baru dua hari di sini dah macam-macam masalah timbul. Semuanya gara-gara miss communication antara aku, Encik Nazri, Dr. Zaharah dan PPPI. Daripada kes yang aku rasa simple dah jadi complicated apabila ada pihak yang rasa dia tu pandai sangat campur tangan. Fuhh. Bala apakah ini? Bala Muniandy? Haha. Tapi takpe, kita harus cool and steady dalam menangani sesuatu masalah. Baru la nampak macam pro! Haks haks. So...time tengah sedih-sedih macam ni aku pun mula la terkenang-kenang kembali percutian aku kat rumah hari tu. Haih~ rindu pulak dengan rumah + family. Walaupun agak bosan dengan aktiviti makan, tido and watching tv tapi kepala hotak ni at least tak dibebani dengan masalah su*cks macam sekarang nih! Erks. Termarah lebih-lebih pulak. Huhu. Dahlah, malasss nak cakap pasal masalah yang sedang melanda ni~ change the topic please!!

MADAGASKAR: ESCAPE 2 AFRICA

Dah pernah tengok cartoon ni? Bagi yang betul-betul minat cartoon better don't miss out ya tapi bagi yang kureng minat, lupakan niat anda kerana movie ni dah berjaya bagi aku tidoq dalam panggung wayang!! Haha. Last Saturday (15/11) antara nak dan terpaksa, aku pergi tengok dengan kakak + adik. Mak aih...riuh satu panggung punya dok bantai gelak...tapi aku? Zzz~ serious! Bosan gila!! Tak paham aku macam mana kakak and adik gelak tak ingat dunia tengok cartoon tu. Aku tak rasa ada perbezaan di antara cartoon tu dengan cartoon-cartoon yang lain. Semua cartoon sama je. Imaginasi lebih-lebih. Oops! Terkritik plak dah. Marah peminat-peminat cartoon nanti. Huhu. Oklah-oklah, aku sudahi dengan 3 stars sudah...zasz!



*Bagi aku, cartoon ni lagi cute and funny

Saturday, November 15, 2008

Asep Kemboja

Wanita itu katanya ibarat puisi yang tak pernah jadi...

Wednesday, November 12, 2008

Live From Sprint Live Music Lounge (July 13, 2007)



Artist: Boys Like Girls
Song: Thunder
Album: Boys Like Girls

Tuesday, November 11, 2008

Can You Believe It? Huh...

Relax serelax-relaxnya...makan, tido and watching tv!
Setakat ni itulah aktiviti aku selama dua hari di rumah (Penang). Haha. Dowh~

Saturday, November 8, 2008

Di Mana Dia...Cikgu Sayang Saya?

Guru ibarat lilin yang membakar diri. Perumpamaan ni aku dah dengar since standard 1 lagi! Tiap-tiap kali adanya sambutan Hari Guru di sekolah maka akan ada juga la pelajar yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk, "Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri". Haha. Kekadang tu bosan la jugak tapi nak buat camne? Layan jelah~ Huhu. Actually topik ni dibualkan bukan sebab ada sambutan Hari Guru ke or hari jadi guru mana-mana tapi dibualkan sebab semalam before nak tido aku teringat dekat sorang cikgu ni. Nama dia Cikgu Joriah. Mak aih...dia punya api lilin tu punya la panas sampai tiap-tiap kali dia masuk class maka aku pun akan terus melt macam plastik yang terkena api. Hahaha. Cikgu ni boleh dikatakan agak anti jugak la dengan aku. Sampai sekarang aku tak faham pehal dia asyik tak puas hati dengan aku. Asal masuk class je mesti ada yang tak kena pada pandangan mata dia kat diri aku. Haih~ sabar jelah ye cikgu! Pernah satu hari tu dia denda aku berdiri kat pintu sebab tak beli buku latihan Matematik. Paling tak tahan, dia sound macam ni, "H******* B******, jam boleh beli! Buku tak boleh beli!" What the fish?! Bukan aku suka-suka tak nak beli tapi dah mak bapak aku busy! Sape nak bawak aku pegi bookshops beli buku?! Hurm...sampai sekarang still terngiang-ngiang kat telinga aku walaupun peristiwa tu dah berlaku 12 tahun yang lalu~ Walau pape pun takpe...aku tak berdendam dengan cikgu tu. Malah aku sedang berusaha untuk cari balik cikgu Joriah and aku nak kata, "Cikgu, walaupun saya tak guna buku math yang cikgu suruh beli dulu tapi sekarang saya lagi satu step untuk ambik PhD" Hahaha!! So, sesape yang tau cikgu yang aku maksudkan tu kat mana sila-sila la inform kat aku ye. Aku nak cari dia sampai jumpa! Zasz ;p

Friday, November 7, 2008

Berehat Seketika

"Sehubungan dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) bersetuju menawarkan kepada tuan/puan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik"

Ini adalah antara isi kandungan surat yang aku terima dua hari lepas. Kali ni memang confirm dan confident yang En. Nazri betul-betul nak aku jadi RA dia. Haha. Macam lawak pun ada...dari satu ketika pernah ada konfrantasi dengan dia tup-tup hari ni dia offer aku kerja! Percayakah anda?! Hehe. Well pape pun aku panjatkan syukur kepada Allah and thanks bebanyak la kat korang-korang yang selalu bagi moral support sepanjang perjuangan aku mencari kerja. Huhu. Susah beb takde keja...nak kena bayar sewa rumah, elektrik, air, streamix dan macam-macam lagilah! Jadi~ bila dah ada kerja ni maka ringan la sikit beban yang aku tanggung...berbalik kepada soal kerja tadi, aku mula start 17hb Nov 2008. Ada la lagi masa lebih kurang seminggu untuk aku relax-relax kat Penang! Balik kali ni aku nak naik train! Haha. Nak enjoy the journey! Pastu bila dah sampai Penang, nak mandi laut! Nak pekena nasi kandaq! Nak pi main futsal kat Safira! Nak pi night market! Nak macam-macam lagilah! Hahaha~ kalau Aliyah baca ni mesti gila jealous punya!! Huhu. Sowie babeh ;p Jadi jadi jadi...tunggulah news-news and cerita-cerita yang bakal aku muatkan dalam blog sepanjang percutian aku kat rumah nanti! Wah!! Sukanyaaaaa!!! Chiow~

Siapa Punya?

Yahoo! Exam dah habis!! Fuyoo, lega rasanya walaupun hati berdebar-debar nak tunggu result yang bakal keluar. Tak tau la apa macam itu result, hopefully ada okay juga! Huhu. So! Bila dihitung didarab dibahagi agak lama jugak la aku stop blogging-blogging ni. Kalau tak silap since mama datang KL hari tu aku dah stop blogging. Kenapa? Sebab...entahlah, macam takde mood + exam around the corner. Gegege. Budget study laa! Haha. Tapi, betul~ aku study...sampai stress-stress, sampai naik sekali DUA (2) ulser kat gusi!! Adeh, seksanya TUHAN ja yang tau. Huhu. Jadi saudara saudari, disebabkan dah lama tak blogging...maka ada la perkara yang nak dikongsi bersama. Well, sekali lagi topik kereta menjadi pilihan. Bezanya, dari topik kereta hilang kita ke topik perihal orang yang ntah reti ke atau saja-saja buat tak reti nak parking kereta. Haha. Kereta. Satu material yang sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan individu pada hari ini. Tidak hairan jika ada yang mengatakan bahawa penciptaan kereta itu adalah sesuatu yang sangat berjasa kepada manusia sejagat malah ada yang sanggup melaburkan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk mendapatkan kereta yang diimpi-impikan selama ini. However~ bermaknakah jika kereta yang mahal itu tidak dipandu dan dijaga dengan baik? Adakah berbaloi jika kereta itu hanya sekadar menjadi kuda tunggangan seseorang? Namun apa yang pasti gambar di bawah ini memberi seribu satu persoalan kepada aku. Persoalannya, adakah pemilik kereta itu seorang LELAKI atau beliau seorang WANITA? Jadi tunggu apa lagi...cepat-cepat respond. Respond tertinggi adalah jawapan kepada soalan itu tadi. Daa~ hak hak!!



* Lokasi dirahsiakan bagi mengelak sebarang spekulasi dan kontroversi

Thursday, October 30, 2008

Muthu Oh Muthu!

MUTHU & THE INTERVIEWER

Interviewer: "What is your birth date?"

Muthu : "13th October."

Interviewer : "Which year?"

Muthu : "Every year."


MUTHU & HIS MANAGER

The Manager asked Muthu at an interview... .

"Can you spell a word that has more than 100 letters in it?"

Muthu replied: "P-O-S-T-B-O- X."


MUTHU & LONDON TRIP

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, "Do I look like a foreigner?"

Wife: "No! Why?"

Muthu : "In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's why."

Wife : ?????????


MUTHU & TOURIST

A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...

Muthu said, "No sir, only babies were born here."


MUTHU & HIS EXPERIMENT

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to "WALK! WALK!"

The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked.

Then he cut off the third leg and did the same.

Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!

But the cockroach didn't walk.

Suddenly, Muthu said loudly, "I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf."


MUTHU & DRIVER

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.

Muthu shouted, "You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive."


MUTHU GOES TO HOTEL

Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.

Then when he had finished, he started washing the basin.

Seeing this, the manager asked what was he doing.

Muthu pointed towards the signboard

" WASH BASIN "


MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART

Interviewer : "Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?"

Muthu: "It's simple.. I will just stop my imagination. "

Oh... Lastly.... I forgot ............ . the funniest...

At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ???

Because a lady journalist with a badge which read "*PRESS*" pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!

Sunday, October 26, 2008

Otak Si Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak terkena otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa kepada mangsa berkenaan berkata, "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat terkena otaknya. "Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya, "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin hingga perkataan isya'Allah pun pakcik tak sebut?" Sampuk si bapa, "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK! Kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ni! Buat abis duit aku jer anto belajor!"

Hahaha...so...jangan la jadi manusia yang tak berOTAK! Fikir-fikirkan, selamat beramal ;)

Jenayah Membawa Padah...

Pernah dicuri kereta? Motor? Basikal? Hmm...jika pernah pasti sesuatu yang memeritkan bukan? Bagi yang belum pernah, adalah dinasihatkan supaya berhati-hati. Jangan dah terhantuk baru terngadah. 2 hari yang lalu kereta housemate aku dikebas orang. Dia parking kat bawah rumah around 3 pagi then esok tengah hari nak kuar lunch tengok-tengok kereta dah takde. Tak buang masa, aku bawak dia pegi IPD Kajang buat police report. Lebih kurang 2 jam dekat situ, kami balik rumah dan sambil-sambil tu masing-masing still blur atas apa yang dah berlaku. Pelik~ parking pukul 3 pagi, pukul 4-6 pagi orang dah mula kuar pegi keja (those yang private sector). So, masa bila dia cilok kereta tu?? Yang pasti...that person mesti gila babi terror bab-bab curi kereta nih. Alarm tak bunyi, enjin pun tak dengar, tau-tau kereta dah takde kat tempat parking tuh. Fuyoo!! Ngeri aku dibuatnya. 'Patah kaki' jugak la takde kereta...macam mana nak pegi keja? Kelas? Hmm...kesian betul kat housemate aku sorang nih. Dah la nak dekat Deepavali...kereta pulak kena kebas dek orang! Sial betul mamat yang cilok kereta tu!! So Jern, kalau ko baca blog ni aku harap ko banyak-banyak bersabar ya. Pasni kita pegi beli Civic baru okay? (aku tau ko nak keta baru!!) haha! Bagi yang lain-lain, jaga la kenderaan anda betul-betul. Pastikan setiap langkah keselamatan telah dipraktikkan dengan betul. Chiow!!

Satisfaction!

Benny Benassi is an Italian disc jockey and producer of eurodance/electronic music. Satisfaction was the first single of his debut album Hypnotica. Enjoy guys~

Saturday, October 25, 2008

Aksi Tidur (18+)

Tidur. Tidur. Tidur. Best je bila dapat tidur kan? Bila dah dapat peluang, mesti tidur tak ingat dunia! Tapi!! Penah tak kita tepikir macam mana rupa kita time tidur? Mesti tak kan?! Dah tidur, nak pikir camne~ Huhu. So, kat sini aku nak kongsi dengan korang gambar KAWAN-KAWAN aku time tengah tidur. Nampaknya mereka antara yang bertuah because dapat jadi model dalam blog aku kali ni! Jum-jum kita tengok macam mana rupa dia orang time tengah tidur~ zzZ!!

i) Serenyut - mamat Langkawi ni kalau tidur mesti tak ingat dunia. Kalau berdengkur, fulamak! Satu UKM bleh dengar. Apa yang menakutkan pasal dia ialah dia ni suka mimpi hantu. Ada je mimpi-mimpi yang menakutkan time dia tidur. Hmm, aku pun tak paham! Padahal, dia ni ustaz! Hahaha...ustaz penakut!!



ii) Kaka - well, sepanjang aku kenal (penah jadi rumate aku 1 sem), dia ni kalau tidur mesti buat aksi orang kena marah! So, bila aku selidik punya selidik rupanya dia ni selalu jadi buruan lecturer sebab suka ponteng class. Huhu. Patutlah~



iii) Bai - seorang yang sukakan hiburan. Hiburan yang macam mana? Haa, kaki clubbing dia ni! Tak heran la kalau tidur pun dah macam menari. Haha. Tapi betul...tak tipu! Dia suka tidur macam ni. Katanya, kalau tidur letak tangan kat punggung rasa lagi best~ ntah betul ke tak dia ni!! Huhu.



iv) Rafiq - ini aksi tidur yang paling sempoi arh! Tidur penuh bergaya...haha. Dia ni urm suka melaram la jugak. Senang cite fashionable laa kata orang. Baju-baju dia kebanyakan semua branded. Setakat baju cikai-cikai ni tak layan la beb. Jadi tak pelik la kenapa dia tidur macam model tengah amik gambar~ He he he...



Sooo...kepada korang yang kenal aku maka berhati-hatilah kerana setiap gerak geri anda diperhatikan. Kuang kuang kuang~

Friday, October 24, 2008

Wow! Malaysia Menang~

Semangat Harimau Malaya! Mungkin ada logiknya Malaysia tampak gagah pada kejohanan Pestabola Merdeka ke-40 kali ini. Alhamdulillah, Malaysia menang semua perlawanan. Melihat kepada situasi macam ni aku dan kawan-kawan yang lain ambil kesempatan untuk pegi ke Bukit Jalil bagi memberi sokongan. Semi-final Malaysia vs Myanmar menyaksikan anak didik B. Sathianathan telah berjaya menyumbat sebanyak 4 buah gol berharga!! Urm, 1st half terus terang aku cakap game agak bosan. Hanya 1 gol saja yang berjaya dijaringkan dan tu pun hasil jaringan cantik (free kick) Indra. Masuk je 2nd half, game dah mula rancak. 3 gol berjaya disumbat oleh Malaysia...kalau nak tau sape score pandai-pandai la gi cari paper k sebab aku pun tak berapa nak kenal player Malaysia. Huhu. Sowie guys. Anyway aku ada sikit comment pasal mutu pemain skuad kebangsaan kita nih. Kekadang aku tengok dia orang ni main sambil lewa je...dah tu gopoh tak tentu pasal. Ada ke patut 3 kali Amirul tu terlepas nak score gol! Aku rasa kalau letak player UKM pun dah boleh masuk bola tu. Haha. Yeke?! Pape pun tahniah la ye..malas aku nak comment lebih-lebih. Diharap final nanti Malaysia boleh mempertahankan kejuaraan sekaligus mencipta kejutan demi kejutan. Kalau ada duit lebih nanti aku gi tengok lagi...haha. Akhir kata, usaha tangga kejayaan nah~

Thursday, October 23, 2008

Hot Stuff ;)

Setiap orang mesti ada favourite stuff masing-masing. Seselalunya barang-barang ni meninggalkan sentimentle value yang tertentu. So, kat sini aku nak kongsi 6 barang yang paling aku sayang! Check-it out -->

(6) Bantal Busuk - kalau diikutkan daripada paras rupa...memang ramai yang tak selera nak pegang. Haha. Tapi, bau dia...fuyoo!! Memang takde kat mana-mana bantal pun lah! Senang cite, takde bantal ni aku tak nyenyak tido malam~



(5) Sony Ericsson - ini juga antara 'individu' yang memainkan peranan penting dalam hidup aku. Kalau sehari message tak masuk, alamatnya ada la yang tak kena tu. Pape pun, I must say thanks to ayah and mama for bought this mobile for me. Ngeh ngeh ngeh...



(4) Sony PSP - ini terus terang cakap hadiah birthday + konvo! Haks...actually aku ni bukan kaki game sangat, yang selalu mengadap mende alah ni Kaka je. Wakakaka (trademark Kaka time chatting dengan aweks-aweks). Tapi walau apa pun, tak dinafikan hidup menjadi sepi tanpanya.



(3) Sony Vaio - atas alasan nak buat assignment, ayah beli jugak laptop ni kat aku. Haha. Pada hal bleh je aku mintak laptop lain tapi...kalau hati dah berkenan nak buat camne kan...?



(2) Fossil - jam ni, girlfriend terchenta bagi! Hadiah sempena birthday...suka-suka!! Huhu~ gediks plak ;p



(1) Perodua Kelisa - memang tak terkira jasa Si Kenit ni kat aku. Takde 'dia' maka berkaki dua aja lah aku ke mana-mana. Huhu. Walaupun cc tak besar tapi dah beberapa kali aku balik Penang dalam masa 4 jam saja dari KL. Jadi tak hairan la kenapa Si Kenit mendapat tempat pertama dalam stuff yang paling aku sayang *wink!!

Kajang - Melaka - Muar - PD

First time duduk di Hentian Kajang (HK) rasa pelik jugak. Al-maklumlah before this tak pernah duduk rumah yang ada tangga tinggi then bila dah dapat rumah yang macam gini terasa kekok pula. Tapi takpe....kejap je rasa macam tu, bila dah lama-lama mende tu dah jadi kebiasaan. Huhu. Rumah ni ada 4 orang members. 3 aktif sorang lelap. Yang lelap tu bukan sebab pe, sebab dia selalu busy dengan keja-keja dia. So, kebiasaannya kami duduk bertiga sahaja di rumah. Jarang la nak dapat waktu yang empat-empat orang boleh duduk bersama. Jadi pada September 6 2008, kami berempat berkesempatan untuk holiday bersama-sama. Holiday selama 2 hari 1 malam ke Muar memberi seribu satu kenangan. Selain itu, turut menjadi destinasi kami ialah Bandaraya Melaka. Perjalanan bermula jam 6 petang dari HK, berhenti solat Maghrib di Melaka then pusing-pusing town Melaka. Dah puas ambik gambar, perut terasa lapar...terus shoot pegi Muar. Masing-masing makan macam hungry ghost kat Muar. Yelah, masa tu dah dekat-dekat kul 12am! Gilo laa...huhu. Malam tu kami tido di rumah Sham, Thanks dude! Besar rumah dia~ orang kaya Muar la katakan. Hehe. Pendek kan cite, esok pagi-pagi terus lunch kat kedai Asam Pedas. Eh! Pagi ke?? No comment! Haha. After lunch, sekali lagi kami gerak ke Melaka. Sampai di Melaka waktu tu dah time for solat Jumaat. Alhamdulillah, kami diberi 'izin' untuk solat di Masjid Al-Azim. Cantik masjid tu! Kalau boleh nak pegi lagi...chewah! Setelah menunaikan kewajipan, kami teruskan program untuk pusing-pusing Melaka! Agak banyak la jugak kami bergambar...semuanya untuk tujuan kenang-kenangan. Dari Melaka kami ke Port Dickson (PD) dan di sana kami stop untuk minum petang. Menurut Sham, gerai yang kami singgah tu penah jadi port dia melepak time petang-petang masa dia study kat Politeknik PD dulu. Senang cite, sirih pulang ke ganggang. Hehe. Masing-masing dah kenyang, kami terus gerak balik ke Kajang. Sampai rumah tepat jam 7pm. Walaupun penat tapi holiday kali ni cukup bermakna. Buat penghuni-penghuni 3A-3F (Sham, Kaka dan Najmi), semoga semangat setia kawan kita akan terus berkekalan. InsyAllah~

Konvo Yang Tercemar...Siot Betul!!

Walaupun dah beberapa bulan berlalu tapi bahang konvo tu masih terasa. Hehe. Bukan senang beb nak konvo, 3 tahun struggle! Orang lain mungkin tak rasa pape tapi bagi aku macam dah lepas satu BEBANAN yang teramat sangat! :P Poyo je ayat...haks. Bila teringat balik detik-detik hari konvo, aku kekadang senyum je sorang-sorang. Ayah orang yang paling happy, raya pun dia tak beli baju baru tapi to attend konvo aku dari hujung rambut sampai hujung kaki semua baru. Maybe terlampau bangga and happy. Thank you ayah, kesabaranmu aku balas dengan degree yang tak seberapa tu. Huhu. Mama macam biasalah, always believe that I'll be somebody satu hari nanti. Ntah betul ke tak...tapi aku percaya cakap ibu selalu betul la tu. Ahaha. Kakak, adik and Aliyah pula selalu bagi aku inspirasi supaya buat yang terbaik dalam hidup. So, thanks a lot guys...luv you all sangat sangat sangat! Huhu. By the way, bukan pasal ini yang aku nak highlight tapi lebih kepada pengalaman aku naik atas pentas untuk terima skrol. Nak tahu pengalaman apa yang aku nak cite sangat?! Haa...tengok picture bawah ni then click untuk besarkan ya!!



Amacam? Nampak uncle tu korek hidung?! Rosak gambar aku! Siot~

Teladan: Kisah Si Ulat Sampah

Hari ni bangun pagi je terus teringat nak basuh baju! Hmm, pehal ntah...tetiba je rajin terlebih. So, bermula la aktiviti membasuh baju (3 helai je pun) haha. Tapi yang paling tak boleh lupa time tengah basuh baju tu dari dunia mana pun tak tau banyak gila ulat-ulat kat toilet! Eee! Geli bercampur geram pun ada! Dah la benci gila dengan insects...haks. Nak pendek kan cite rupa-rupanya ulat-ulat tu datang dari tong sampah dapur...apa lagi, housemate yang tengah sedap tido pun aku kejut tanpa belas kasihan. Bangun la budak tu dengan keadaan terpaksa then angkat tong sampah tu letak kat luar rumah. Haha. Moral of the story, jangan la biar tong sampah kat rumah more than 2 days! Kalau tak, nescaya jadi macam kat rumah aku pagi tadi. Huhu. Tak pasal-pasal dekat dua jam aku mop lantai rumah! Hmm...free-free je penat~