Thursday, October 23, 2008

Kajang - Melaka - Muar - PD

First time duduk di Hentian Kajang (HK) rasa pelik jugak. Al-maklumlah before this tak pernah duduk rumah yang ada tangga tinggi then bila dah dapat rumah yang macam gini terasa kekok pula. Tapi takpe....kejap je rasa macam tu, bila dah lama-lama mende tu dah jadi kebiasaan. Huhu. Rumah ni ada 4 orang members. 3 aktif sorang lelap. Yang lelap tu bukan sebab pe, sebab dia selalu busy dengan keja-keja dia. So, kebiasaannya kami duduk bertiga sahaja di rumah. Jarang la nak dapat waktu yang empat-empat orang boleh duduk bersama. Jadi pada September 6 2008, kami berempat berkesempatan untuk holiday bersama-sama. Holiday selama 2 hari 1 malam ke Muar memberi seribu satu kenangan. Selain itu, turut menjadi destinasi kami ialah Bandaraya Melaka. Perjalanan bermula jam 6 petang dari HK, berhenti solat Maghrib di Melaka then pusing-pusing town Melaka. Dah puas ambik gambar, perut terasa lapar...terus shoot pegi Muar. Masing-masing makan macam hungry ghost kat Muar. Yelah, masa tu dah dekat-dekat kul 12am! Gilo laa...huhu. Malam tu kami tido di rumah Sham, Thanks dude! Besar rumah dia~ orang kaya Muar la katakan. Hehe. Pendek kan cite, esok pagi-pagi terus lunch kat kedai Asam Pedas. Eh! Pagi ke?? No comment! Haha. After lunch, sekali lagi kami gerak ke Melaka. Sampai di Melaka waktu tu dah time for solat Jumaat. Alhamdulillah, kami diberi 'izin' untuk solat di Masjid Al-Azim. Cantik masjid tu! Kalau boleh nak pegi lagi...chewah! Setelah menunaikan kewajipan, kami teruskan program untuk pusing-pusing Melaka! Agak banyak la jugak kami bergambar...semuanya untuk tujuan kenang-kenangan. Dari Melaka kami ke Port Dickson (PD) dan di sana kami stop untuk minum petang. Menurut Sham, gerai yang kami singgah tu penah jadi port dia melepak time petang-petang masa dia study kat Politeknik PD dulu. Senang cite, sirih pulang ke ganggang. Hehe. Masing-masing dah kenyang, kami terus gerak balik ke Kajang. Sampai rumah tepat jam 7pm. Walaupun penat tapi holiday kali ni cukup bermakna. Buat penghuni-penghuni 3A-3F (Sham, Kaka dan Najmi), semoga semangat setia kawan kita akan terus berkekalan. InsyAllah~

No comments: