Saturday, March 14, 2009

Kali Ini, MU Tersungkur

Malam ini MU tewas...malam ini MU tak segagah seperti selalu...malam ini MU beraksi sangat hambar...
Tewas 1-4 di Old Trafford semacam mimpi ngeri bagi aku. Owh, mungkin bagi peminat-peminat MU yang lain jugak. Apa dah jadi? Adakah MU sudah lupa akan cita-cita mereka (memenangi 5 kejuaraan)?
Haih, kadang-kadang aku tak faham dengan rentak mereka. Jika semalam bermain dengan gah seperti wira yang hebat tup tup hari ini atau esok bermain seperti wira yang tempang di medan perang. Sungguh menyedihkan!!

So, aku harap lepas ni MU renung-renungkan balik atas apa yang dah jadi. Jika ingin menang 5 kejuaraan musim ini, mereka perlu bangkit semula seperti panglima perang yang dahagakan kemenangan!! Red Army, chaiyok chaiyok~

* MU tewas 100-0 pun aku tetap setia dengan mereka! Glory Man. United~

Friday, March 13, 2009

Dia Guru Ku

Ketika aku masih merangkak tercari-cari ketika ini aku hilang seorang yang bergelar...
GURU

Prof.
Terima kasih atas ilmu itu...

*Prof. Madya GM dijangka akan bersara pada 16hb Mac 2009 setelah hampir 35 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lagi Dan Lagi

Pagi tadi, depan rumah, accident lagi...haih~ ini yang dah kali ke berapa pun aku tak tau. Asal bunyi hon then bunyi brake maka akan diakhiri dengan bunyi 'gedebabo'...huhu.
Urm by the way yang tadi punya takde la teruk sangat. Maksudnya takde yang tergolek lebih-lebih atau tak bangun-bangun. Alhamdulillah. Syukur. Aku pun takde la phobia sangat bila nak keluar simpang depan rumah :) grr!!

*Lucu betul bila tengok kaum hawa accident sesama mereka. Blur je...