Friday, February 27, 2009

Lepas Khamis, Jumaat Then Sabtu, Ahad Dan Seterusnya

Jumaat. Penghulu segala hari.

Scene 1.

Aku mulakan dengan ke PPU, UKM atas sebab musabab bos nak jumpa. Bila dah kata bos nak jumpa maka aku pun prepare la dua tiga menda yang dia suruh buat last week...tapi seperti biasalah, bos aku yang sangai sempoi tak banyak tanya. Apa yang dia nak tahu cuma pasal laporan Kementerian *** yang aku pergi Selasa lepas. Explain punya explain tak sampai 5 minit aku dah keluar dari bilik dia. Haha. Hmm...kalau GRA yang lain tau sure gila babi jeles kat aku. Ngee :D sowie ya guys, bukan salah ibu mengandung~ haha. Ada kena-mengena ka??

Scene 2.

Lunch time!
Dengan Aliyah. Memandangkan Aliyah tak boleh nak makan makanan yang heavy maka hari ini lunch di Secret R. Aku order Chicken Black Pepper, Aliyah order Mushroom Soup sahaja. Huhu. Kesian betul tengok Aliyah...dah 2 hari makan soup. Esok pun plan nak makan soup jugak di Pizza Hut sebab katanya teringin nak makan Mushroom Soup dengan Garlic Bread. Huhu. Takpelah darl, sabaq sat nah. Nanti-nanti okay la tu...

Scene 3.

Class Teori Politik Malaysia...
Haih, tiap-tiap minggu berdebat! Paling tak best bila kena tajuk yang terpaksa menegakkan benang yang basah. Misalnya tadi, kumpulan kami (Kumpulan A) harus menyokong bahawa ISA, OSA dan AUKU itu sesuatu yang perlu. Adeh, dah macam wakil kepada Menteri Dalam Negeri pulak. Huhu. Walau pape pun, group kami kali ini diberi pujian oleh Prof. GM kerana berusaha untuk mencari point-point penting untuk menegakkan benang yang basah tadi tu. Hahaha.

Scene 4.
Aku tengah merepek kat sini. Hah? What the fish...?!

End. Tut...

Thursday, February 26, 2009

Sakit Sekali...

Dowh...demam balik :(
Mengapa?
Sampai bila?
Hanya Tuhan yang tentukan~

*Sahabat di luar sana; doakan aku cepat-cepat sembuh, perjuangan kita belum selesai...

Tuesday, February 24, 2009

'Sekor Makcik': Menyesal Aku Tak Tanya Nama Kau

Atas urusan kerja aku gagahkan diri ke Kementerian *** Malaysia, Putrajaya...kalau tak, takde maknanya aku nak ke sana. Menghabiskan masa, buang duit minyak!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang Sabri: Ko, kalau pakai tie sure depa layan betoi-betoi. Cuba try pakai seluaq jeans, gerenti tak layan!!

Itu apa yang Abang Sabri katakan before sampai di kementerian. That time aku senyum je sebab aku yakin perkara-perkara stupid tak akan berlaku di Putrajaya DAN kementerian yang kami ingin pergi adalah Kementerian ***!! Namun cakap-cakap Abang Sabri ternyata menjadi KENYATAAN. By the time kami masuk library kementerian, sorang officer pun takde di kaunter khidmat pelanggan. So, nak kami terpacak je la kat situ? Huhu. We are not that stupid kot. Kami pun pandai-pandai la goggle kat sistem pencarian thesis tu...dah takde yang membantu...haha...then tetiba datang 'sekor makcik' ni 'sound' kita orang...

'Sekor makcik': Awak berdua dah daftar?
Abang Sabri: Belum...tadi takde orang pun kat kaunter. Tak tau pulak kena daftar.
Sekor Makcik: Saya jumpa bos tadi. Urm, ada bawa surat fakulti? Lain kali jangan pakai jeans!! Saya bagi awak duduk sini sampai pukul 12 je.

Hek eleh...kerek je 'sekor makcik'. Ko ingat kami ni 'sekor' macam ko jugak ke?? Apa hal kalau pakai jeans?? Yang muka ko ketat semacam pe kes? Semalam tak 'dapat'?? Untuk makluman korang, bukan kita orang je kena 'sound' tapi semua orang kat situ kena dengan dia!! Paling kesian perempuan India from UPSI tu...lantak dia la nak guna pc yang mana satu pun yang ko marah-marah dia guna pc tu pehal?! Bajet library macam besar je...shit! Apa dia pikir yang pergi library tu semua 'sampah' macam dia kot~~

* 'Sekor makcik'...F*CK you!! Hahaha ;)