Saturday, October 25, 2008

Aksi Tidur (18+)

Tidur. Tidur. Tidur. Best je bila dapat tidur kan? Bila dah dapat peluang, mesti tidur tak ingat dunia! Tapi!! Penah tak kita tepikir macam mana rupa kita time tidur? Mesti tak kan?! Dah tidur, nak pikir camne~ Huhu. So, kat sini aku nak kongsi dengan korang gambar KAWAN-KAWAN aku time tengah tidur. Nampaknya mereka antara yang bertuah because dapat jadi model dalam blog aku kali ni! Jum-jum kita tengok macam mana rupa dia orang time tengah tidur~ zzZ!!

i) Serenyut - mamat Langkawi ni kalau tidur mesti tak ingat dunia. Kalau berdengkur, fulamak! Satu UKM bleh dengar. Apa yang menakutkan pasal dia ialah dia ni suka mimpi hantu. Ada je mimpi-mimpi yang menakutkan time dia tidur. Hmm, aku pun tak paham! Padahal, dia ni ustaz! Hahaha...ustaz penakut!!



ii) Kaka - well, sepanjang aku kenal (penah jadi rumate aku 1 sem), dia ni kalau tidur mesti buat aksi orang kena marah! So, bila aku selidik punya selidik rupanya dia ni selalu jadi buruan lecturer sebab suka ponteng class. Huhu. Patutlah~



iii) Bai - seorang yang sukakan hiburan. Hiburan yang macam mana? Haa, kaki clubbing dia ni! Tak heran la kalau tidur pun dah macam menari. Haha. Tapi betul...tak tipu! Dia suka tidur macam ni. Katanya, kalau tidur letak tangan kat punggung rasa lagi best~ ntah betul ke tak dia ni!! Huhu.



iv) Rafiq - ini aksi tidur yang paling sempoi arh! Tidur penuh bergaya...haha. Dia ni urm suka melaram la jugak. Senang cite fashionable laa kata orang. Baju-baju dia kebanyakan semua branded. Setakat baju cikai-cikai ni tak layan la beb. Jadi tak pelik la kenapa dia tidur macam model tengah amik gambar~ He he he...



Sooo...kepada korang yang kenal aku maka berhati-hatilah kerana setiap gerak geri anda diperhatikan. Kuang kuang kuang~

Friday, October 24, 2008

Wow! Malaysia Menang~

Semangat Harimau Malaya! Mungkin ada logiknya Malaysia tampak gagah pada kejohanan Pestabola Merdeka ke-40 kali ini. Alhamdulillah, Malaysia menang semua perlawanan. Melihat kepada situasi macam ni aku dan kawan-kawan yang lain ambil kesempatan untuk pegi ke Bukit Jalil bagi memberi sokongan. Semi-final Malaysia vs Myanmar menyaksikan anak didik B. Sathianathan telah berjaya menyumbat sebanyak 4 buah gol berharga!! Urm, 1st half terus terang aku cakap game agak bosan. Hanya 1 gol saja yang berjaya dijaringkan dan tu pun hasil jaringan cantik (free kick) Indra. Masuk je 2nd half, game dah mula rancak. 3 gol berjaya disumbat oleh Malaysia...kalau nak tau sape score pandai-pandai la gi cari paper k sebab aku pun tak berapa nak kenal player Malaysia. Huhu. Sowie guys. Anyway aku ada sikit comment pasal mutu pemain skuad kebangsaan kita nih. Kekadang aku tengok dia orang ni main sambil lewa je...dah tu gopoh tak tentu pasal. Ada ke patut 3 kali Amirul tu terlepas nak score gol! Aku rasa kalau letak player UKM pun dah boleh masuk bola tu. Haha. Yeke?! Pape pun tahniah la ye..malas aku nak comment lebih-lebih. Diharap final nanti Malaysia boleh mempertahankan kejuaraan sekaligus mencipta kejutan demi kejutan. Kalau ada duit lebih nanti aku gi tengok lagi...haha. Akhir kata, usaha tangga kejayaan nah~

Thursday, October 23, 2008

Hot Stuff ;)

Setiap orang mesti ada favourite stuff masing-masing. Seselalunya barang-barang ni meninggalkan sentimentle value yang tertentu. So, kat sini aku nak kongsi 6 barang yang paling aku sayang! Check-it out -->

(6) Bantal Busuk - kalau diikutkan daripada paras rupa...memang ramai yang tak selera nak pegang. Haha. Tapi, bau dia...fuyoo!! Memang takde kat mana-mana bantal pun lah! Senang cite, takde bantal ni aku tak nyenyak tido malam~



(5) Sony Ericsson - ini juga antara 'individu' yang memainkan peranan penting dalam hidup aku. Kalau sehari message tak masuk, alamatnya ada la yang tak kena tu. Pape pun, I must say thanks to ayah and mama for bought this mobile for me. Ngeh ngeh ngeh...



(4) Sony PSP - ini terus terang cakap hadiah birthday + konvo! Haks...actually aku ni bukan kaki game sangat, yang selalu mengadap mende alah ni Kaka je. Wakakaka (trademark Kaka time chatting dengan aweks-aweks). Tapi walau apa pun, tak dinafikan hidup menjadi sepi tanpanya.



(3) Sony Vaio - atas alasan nak buat assignment, ayah beli jugak laptop ni kat aku. Haha. Pada hal bleh je aku mintak laptop lain tapi...kalau hati dah berkenan nak buat camne kan...?



(2) Fossil - jam ni, girlfriend terchenta bagi! Hadiah sempena birthday...suka-suka!! Huhu~ gediks plak ;p



(1) Perodua Kelisa - memang tak terkira jasa Si Kenit ni kat aku. Takde 'dia' maka berkaki dua aja lah aku ke mana-mana. Huhu. Walaupun cc tak besar tapi dah beberapa kali aku balik Penang dalam masa 4 jam saja dari KL. Jadi tak hairan la kenapa Si Kenit mendapat tempat pertama dalam stuff yang paling aku sayang *wink!!

Kajang - Melaka - Muar - PD

First time duduk di Hentian Kajang (HK) rasa pelik jugak. Al-maklumlah before this tak pernah duduk rumah yang ada tangga tinggi then bila dah dapat rumah yang macam gini terasa kekok pula. Tapi takpe....kejap je rasa macam tu, bila dah lama-lama mende tu dah jadi kebiasaan. Huhu. Rumah ni ada 4 orang members. 3 aktif sorang lelap. Yang lelap tu bukan sebab pe, sebab dia selalu busy dengan keja-keja dia. So, kebiasaannya kami duduk bertiga sahaja di rumah. Jarang la nak dapat waktu yang empat-empat orang boleh duduk bersama. Jadi pada September 6 2008, kami berempat berkesempatan untuk holiday bersama-sama. Holiday selama 2 hari 1 malam ke Muar memberi seribu satu kenangan. Selain itu, turut menjadi destinasi kami ialah Bandaraya Melaka. Perjalanan bermula jam 6 petang dari HK, berhenti solat Maghrib di Melaka then pusing-pusing town Melaka. Dah puas ambik gambar, perut terasa lapar...terus shoot pegi Muar. Masing-masing makan macam hungry ghost kat Muar. Yelah, masa tu dah dekat-dekat kul 12am! Gilo laa...huhu. Malam tu kami tido di rumah Sham, Thanks dude! Besar rumah dia~ orang kaya Muar la katakan. Hehe. Pendek kan cite, esok pagi-pagi terus lunch kat kedai Asam Pedas. Eh! Pagi ke?? No comment! Haha. After lunch, sekali lagi kami gerak ke Melaka. Sampai di Melaka waktu tu dah time for solat Jumaat. Alhamdulillah, kami diberi 'izin' untuk solat di Masjid Al-Azim. Cantik masjid tu! Kalau boleh nak pegi lagi...chewah! Setelah menunaikan kewajipan, kami teruskan program untuk pusing-pusing Melaka! Agak banyak la jugak kami bergambar...semuanya untuk tujuan kenang-kenangan. Dari Melaka kami ke Port Dickson (PD) dan di sana kami stop untuk minum petang. Menurut Sham, gerai yang kami singgah tu penah jadi port dia melepak time petang-petang masa dia study kat Politeknik PD dulu. Senang cite, sirih pulang ke ganggang. Hehe. Masing-masing dah kenyang, kami terus gerak balik ke Kajang. Sampai rumah tepat jam 7pm. Walaupun penat tapi holiday kali ni cukup bermakna. Buat penghuni-penghuni 3A-3F (Sham, Kaka dan Najmi), semoga semangat setia kawan kita akan terus berkekalan. InsyAllah~

Konvo Yang Tercemar...Siot Betul!!

Walaupun dah beberapa bulan berlalu tapi bahang konvo tu masih terasa. Hehe. Bukan senang beb nak konvo, 3 tahun struggle! Orang lain mungkin tak rasa pape tapi bagi aku macam dah lepas satu BEBANAN yang teramat sangat! :P Poyo je ayat...haks. Bila teringat balik detik-detik hari konvo, aku kekadang senyum je sorang-sorang. Ayah orang yang paling happy, raya pun dia tak beli baju baru tapi to attend konvo aku dari hujung rambut sampai hujung kaki semua baru. Maybe terlampau bangga and happy. Thank you ayah, kesabaranmu aku balas dengan degree yang tak seberapa tu. Huhu. Mama macam biasalah, always believe that I'll be somebody satu hari nanti. Ntah betul ke tak...tapi aku percaya cakap ibu selalu betul la tu. Ahaha. Kakak, adik and Aliyah pula selalu bagi aku inspirasi supaya buat yang terbaik dalam hidup. So, thanks a lot guys...luv you all sangat sangat sangat! Huhu. By the way, bukan pasal ini yang aku nak highlight tapi lebih kepada pengalaman aku naik atas pentas untuk terima skrol. Nak tahu pengalaman apa yang aku nak cite sangat?! Haa...tengok picture bawah ni then click untuk besarkan ya!!



Amacam? Nampak uncle tu korek hidung?! Rosak gambar aku! Siot~

Teladan: Kisah Si Ulat Sampah

Hari ni bangun pagi je terus teringat nak basuh baju! Hmm, pehal ntah...tetiba je rajin terlebih. So, bermula la aktiviti membasuh baju (3 helai je pun) haha. Tapi yang paling tak boleh lupa time tengah basuh baju tu dari dunia mana pun tak tau banyak gila ulat-ulat kat toilet! Eee! Geli bercampur geram pun ada! Dah la benci gila dengan insects...haks. Nak pendek kan cite rupa-rupanya ulat-ulat tu datang dari tong sampah dapur...apa lagi, housemate yang tengah sedap tido pun aku kejut tanpa belas kasihan. Bangun la budak tu dengan keadaan terpaksa then angkat tong sampah tu letak kat luar rumah. Haha. Moral of the story, jangan la biar tong sampah kat rumah more than 2 days! Kalau tak, nescaya jadi macam kat rumah aku pagi tadi. Huhu. Tak pasal-pasal dekat dua jam aku mop lantai rumah! Hmm...free-free je penat~