Tuesday, November 25, 2008

Hari Yang Memalukan

"Sungguh akademik"

Itu yang aku gambarkan kepada mereka yang bertanya,

"How's your new job?"

Hari ini sudah masuk hari ke-3 aku sebagai GRA di PPU. Tak pernah jejak masuk office since first day hari tu...hanya mengunjungi library untuk mencari beberapa buah buku untuk rujukan research. *bosan*
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Yesterday, PTSL (library).

Masuk sahaja terus dapatkan OPEC (sistem mencari buku di library). Setelah jumpa buku yang aku nak, terus ke Koleksi Islam. Almost 30 minutes, at last jumpa buku-buku yang dicari. Lega. Ouh ya, lagi satu di Koleksi Asia Tenggara (KAT). Dowh, naik pula level 5. Unfortunately buku di situ tak boleh dipinjam. Takpe-takpe, next week datang balik then analyze aja di situ. On the way nak keluar dari KAT, terserempak dengan pelawat-pelawat from UM. Aduh...takpe-takpe, ikut laluan lain. Next? Apa ya? Hah! Pinjam buku, pastu blah.

Aku: Assalamualaikum. Pinjam :)
Librarian: Sekarang self-service...pergi kat situ (sambil menunding jari ke arah mesin pengimbas buku).
Aku: (Alamak!)

Sampai di situ aku tengok kiri kanan. Adeh macam mana nak buat ni...? Ok, try scan kad matrik dulu.

*SILA DAPATKAN KATA LALUAN ANDA DI KAUNTER*

Aku: Baru la :)
Librarian: Ya? Ok sekejap...(beberapa saat)...ok, ni nombor awak.
Aku: Terima kasih.

Scan kad matrik balik...aiks? Nape tak boleh? Sekali, dua, tiga...(pandang belakang) dua orang pelawat UM ada di belakang.

Pelawat 1: Takpe-takpe, buat je. Just nak tengok macam mana mesin ni. Kira demo.
Aku: (Senyum) (Mengelabah)

WTF?! Kenapa mesin ni tak boleh-boleh dari tadi?! Pelawat-pelawat dah makin ramai! Malunyaaa...

Tiba-tiba,

Librarian: Takpe-takpe, sini saya buatkan.
Aku: Erm, ok...(Senyum tawar)

2 minit aku dijadikan sebagai demo...sungguh memalukan sebagai seorang masters students. Pasni, nak selalu pegi pinjam buku di library. *blushing*

Sunday, November 23, 2008

Assalamualaikum Prof.

20:35

Aku: Assalamualaikum Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Waalaikumsalam w.b.t.
Aku: Sihat Prof?
Prof. Madya Dr. Agus: Sihat, Alhamdulillah...ya ada apa? Kat mana ni?
Aku: Saya...di Kajang Prof. Di rumah. Saje call, tanya khabar.
Prof. Madya Dr. Agus: Ouh, bereh...
Aku: Jadi saja nak tanya Prof...result bila keluar ya?
Prof. Madya Dr. Agus: Ahh minggu depan keluar la. Kamu dua subjek je kan sem ni? Kira ok la tu...
Aku: Eh, tiga Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Ya? Takpe-takpe. Kira bereh la tu. Kena dapat at least B saja. Tapi result tak boleh tengok lagi. Dia hantar rumah.
Aku: Ouh ya? Ok-ok Prof. Takde masalah. (diam) Urm, tulisan saya teruk sikit la Prof. Maaf ye, tak cukup masa. Tulisan pun dah tak boleh nak control.
Prof. Madya Dr. Agus: Ouh itu takpe...anything call la. Kita mesyuarat dulu. Rasa-rasa semua bereh...
Aku: Baik Prof. Maaf menganggu. Anything saya call la ye. Assalamualaikum Prof.
Prof. Madya Dr. Agus: Bereh...Waalaikumsalam.

Kini, hanya berserah pada-Nya *risau*

Tidak Salah Sesekali

Sudah dua hari aku hanya di rumah. Tak ada aktiviti yang menarik selain mengadap Psp and Sudoku. Aliyah ada jugak tanya tak bosan ke duduk kat rumah...tapi aku? Entahlah, ok je. Mungkin sebab hari-hari pun bangun lewat kot. So, hari jadi pendek; tak terasa.

Sabtu, malam.

Baru terasa bosan. After dinner dengan Jern di Bangi Kopitiam kami terus balik. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Jern masuk bilik then online. Aku sesorang di hall. Nak main Psp dah jemu. Sudoku? No, thank you. Text Aliyah...dia dah say "good night" sejak aku di Bangi Kopitiam lagi. Termenung. Haa...YouTube! Hmm, apa yang nak tengok?!

Sepi.

Khabir Bhatia yang bikin. Tak pernah tengok...elok sangat la time sepi macam ni. Haa ha. Ok lah~ takde scene letup-letup or tembak-tembak. Tapi jalan cerita tersusun. Aku bukan orang seni. Pandai memberi komen, kritik sesebuah karya. Apa yang pasti bila menonton bersendirian message itu sampai, buat aku terpikir tentang c.i.n.t.a.

Haih...dia dah tido. Nak telefon, tak elok ganggu orang sedang tido.

Kamu.

Esok jumpa, izinkan kita secret dahi kamu. Ya?

*Adakah sepi mengajar kita untuk menjadi jiwang? Tidak salah sesekali... ;)