Wednesday, November 19, 2008

Ella - Standing In The Eyes Of The World



Wohoo...Standing In The Eyes Of The World, ini lagu Komanwel 98' Kuala Lumpur. Time ni aku baru je masuk sekolah menengah. Walaupun lagu ni dah lama tapi bagi aku ia still maintain besh and you Ella, rockz! Haha. Semangat!!

Tuesday, November 18, 2008

Perpisahan

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa hilang di mata tapi di hati tetap jumpa...lalala~"

Ini adalah antara bait-bait lagu yang selalu aku menyanyi time join mana-mana camping ketika di zaman persekolahan. Sedih, sayu dan macam-macam lagi perasaan bermain di fikiran ketika menyanyikan lagu ni. Perasaan itu mungkin timbul disebabkan lagu ini ada kena-mengena dengan perpisahan. Jadi tak hairan kenapa ramai kawan-kawan camping aku dulu muka toya ja bila menyanyi lagu ni. Haha. Bercakap mengenai perpisahan, rumah beralamat 3A-3F bakal kehilangan salah seorang ahlinya. Sham. Dia akan meninggalkan kami. 5 bulan bersama banyak yang kami dah tempuhi sebagai orang bujang. Aku masih ingat lagi bagaimana satu ketika itu masing-masing tak tahu memasak and at last Sham offer diri untuk jadi chef. Alhamdulillah, sekarang Lodeh pun dia dah TERROR! Serious, sekali lagi aku tekankan TERROR! Taqi one of vocalist kumpulan nasyid Nice pun puji lebih-lebih, siap tambah 3 kali waktu berbuka puasa Ramadhan yang lalu. Hehe. Baguslah, 3A-3F banyak mengajar kami apa itu erti kehidupan yang sebenar. By the way, cakap punya cakap hampir terlupa pulak nak bagi tahu kenapa Sham terpaksa quit dari 3A-3F. Sebenarnya, atas rasa tanggungjawab kepada keluarga Sham terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menguruskan perniagaan bapanya. Sudah tiba masa untuk dia berbakti kepada keluarga setelah 3 tahun menjadi student Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Perniagaan di UKM. Mungkin menyedihkan kerana kehilangannya namun dalam masa yang sama aku bangga dengan Sham. Sikap gigih dan sentiasa positive thinking beliau akan aku jadikan sebagai insipirasi dalam menghabiskan sisa-sisa sarjana aku di UKM. Jauh di mata, dekat di hati. Persahabatan ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Doa aku, Sham, kau akan terus maju ke hadapan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.



Dowh, hampir lupa...3A-3F juga ingin mengucapkan welcome to new members Rajan and Isyraf. Kini ahli 3A-3F adalah aku, Kaka, Rajan and Isyraf ;) to Rajan, kau mungkin akan dilantik sebagai 'mama' yang baru! Haks.

MADAGASKAR: ESCAPE 2 AFRICA

Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah kena balik ke Kajang...paling tak best baru dua hari di sini dah macam-macam masalah timbul. Semuanya gara-gara miss communication antara aku, Encik Nazri, Dr. Zaharah dan PPPI. Daripada kes yang aku rasa simple dah jadi complicated apabila ada pihak yang rasa dia tu pandai sangat campur tangan. Fuhh. Bala apakah ini? Bala Muniandy? Haha. Tapi takpe, kita harus cool and steady dalam menangani sesuatu masalah. Baru la nampak macam pro! Haks haks. So...time tengah sedih-sedih macam ni aku pun mula la terkenang-kenang kembali percutian aku kat rumah hari tu. Haih~ rindu pulak dengan rumah + family. Walaupun agak bosan dengan aktiviti makan, tido and watching tv tapi kepala hotak ni at least tak dibebani dengan masalah su*cks macam sekarang nih! Erks. Termarah lebih-lebih pulak. Huhu. Dahlah, malasss nak cakap pasal masalah yang sedang melanda ni~ change the topic please!!

MADAGASKAR: ESCAPE 2 AFRICA

Dah pernah tengok cartoon ni? Bagi yang betul-betul minat cartoon better don't miss out ya tapi bagi yang kureng minat, lupakan niat anda kerana movie ni dah berjaya bagi aku tidoq dalam panggung wayang!! Haha. Last Saturday (15/11) antara nak dan terpaksa, aku pergi tengok dengan kakak + adik. Mak aih...riuh satu panggung punya dok bantai gelak...tapi aku? Zzz~ serious! Bosan gila!! Tak paham aku macam mana kakak and adik gelak tak ingat dunia tengok cartoon tu. Aku tak rasa ada perbezaan di antara cartoon tu dengan cartoon-cartoon yang lain. Semua cartoon sama je. Imaginasi lebih-lebih. Oops! Terkritik plak dah. Marah peminat-peminat cartoon nanti. Huhu. Oklah-oklah, aku sudahi dengan 3 stars sudah...zasz!



*Bagi aku, cartoon ni lagi cute and funny