Friday, November 7, 2008

Siapa Punya?

Yahoo! Exam dah habis!! Fuyoo, lega rasanya walaupun hati berdebar-debar nak tunggu result yang bakal keluar. Tak tau la apa macam itu result, hopefully ada okay juga! Huhu. So! Bila dihitung didarab dibahagi agak lama jugak la aku stop blogging-blogging ni. Kalau tak silap since mama datang KL hari tu aku dah stop blogging. Kenapa? Sebab...entahlah, macam takde mood + exam around the corner. Gegege. Budget study laa! Haha. Tapi, betul~ aku study...sampai stress-stress, sampai naik sekali DUA (2) ulser kat gusi!! Adeh, seksanya TUHAN ja yang tau. Huhu. Jadi saudara saudari, disebabkan dah lama tak blogging...maka ada la perkara yang nak dikongsi bersama. Well, sekali lagi topik kereta menjadi pilihan. Bezanya, dari topik kereta hilang kita ke topik perihal orang yang ntah reti ke atau saja-saja buat tak reti nak parking kereta. Haha. Kereta. Satu material yang sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan individu pada hari ini. Tidak hairan jika ada yang mengatakan bahawa penciptaan kereta itu adalah sesuatu yang sangat berjasa kepada manusia sejagat malah ada yang sanggup melaburkan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk mendapatkan kereta yang diimpi-impikan selama ini. However~ bermaknakah jika kereta yang mahal itu tidak dipandu dan dijaga dengan baik? Adakah berbaloi jika kereta itu hanya sekadar menjadi kuda tunggangan seseorang? Namun apa yang pasti gambar di bawah ini memberi seribu satu persoalan kepada aku. Persoalannya, adakah pemilik kereta itu seorang LELAKI atau beliau seorang WANITA? Jadi tunggu apa lagi...cepat-cepat respond. Respond tertinggi adalah jawapan kepada soalan itu tadi. Daa~ hak hak!!



* Lokasi dirahsiakan bagi mengelak sebarang spekulasi dan kontroversi

No comments: