Saturday, November 8, 2008

Di Mana Dia...Cikgu Sayang Saya?

Guru ibarat lilin yang membakar diri. Perumpamaan ni aku dah dengar since standard 1 lagi! Tiap-tiap kali adanya sambutan Hari Guru di sekolah maka akan ada juga la pelajar yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk, "Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri". Haha. Kekadang tu bosan la jugak tapi nak buat camne? Layan jelah~ Huhu. Actually topik ni dibualkan bukan sebab ada sambutan Hari Guru ke or hari jadi guru mana-mana tapi dibualkan sebab semalam before nak tido aku teringat dekat sorang cikgu ni. Nama dia Cikgu Joriah. Mak aih...dia punya api lilin tu punya la panas sampai tiap-tiap kali dia masuk class maka aku pun akan terus melt macam plastik yang terkena api. Hahaha. Cikgu ni boleh dikatakan agak anti jugak la dengan aku. Sampai sekarang aku tak faham pehal dia asyik tak puas hati dengan aku. Asal masuk class je mesti ada yang tak kena pada pandangan mata dia kat diri aku. Haih~ sabar jelah ye cikgu! Pernah satu hari tu dia denda aku berdiri kat pintu sebab tak beli buku latihan Matematik. Paling tak tahan, dia sound macam ni, "H******* B******, jam boleh beli! Buku tak boleh beli!" What the fish?! Bukan aku suka-suka tak nak beli tapi dah mak bapak aku busy! Sape nak bawak aku pegi bookshops beli buku?! Hurm...sampai sekarang still terngiang-ngiang kat telinga aku walaupun peristiwa tu dah berlaku 12 tahun yang lalu~ Walau pape pun takpe...aku tak berdendam dengan cikgu tu. Malah aku sedang berusaha untuk cari balik cikgu Joriah and aku nak kata, "Cikgu, walaupun saya tak guna buku math yang cikgu suruh beli dulu tapi sekarang saya lagi satu step untuk ambik PhD" Hahaha!! So, sesape yang tau cikgu yang aku maksudkan tu kat mana sila-sila la inform kat aku ye. Aku nak cari dia sampai jumpa! Zasz ;p

No comments: