Sunday, October 26, 2008

Otak Si Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak terkena otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa kepada mangsa berkenaan berkata, "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat terkena otaknya. "Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya, "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin hingga perkataan isya'Allah pun pakcik tak sebut?" Sampuk si bapa, "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK! Kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ni! Buat abis duit aku jer anto belajor!"

Hahaha...so...jangan la jadi manusia yang tak berOTAK! Fikir-fikirkan, selamat beramal ;)

1 comment:

aLs said...

oh.rempit.bila nak sedar tah.