Friday, November 7, 2008

Berehat Seketika

"Sehubungan dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) bersetuju menawarkan kepada tuan/puan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik"

Ini adalah antara isi kandungan surat yang aku terima dua hari lepas. Kali ni memang confirm dan confident yang En. Nazri betul-betul nak aku jadi RA dia. Haha. Macam lawak pun ada...dari satu ketika pernah ada konfrantasi dengan dia tup-tup hari ni dia offer aku kerja! Percayakah anda?! Hehe. Well pape pun aku panjatkan syukur kepada Allah and thanks bebanyak la kat korang-korang yang selalu bagi moral support sepanjang perjuangan aku mencari kerja. Huhu. Susah beb takde keja...nak kena bayar sewa rumah, elektrik, air, streamix dan macam-macam lagilah! Jadi~ bila dah ada kerja ni maka ringan la sikit beban yang aku tanggung...berbalik kepada soal kerja tadi, aku mula start 17hb Nov 2008. Ada la lagi masa lebih kurang seminggu untuk aku relax-relax kat Penang! Balik kali ni aku nak naik train! Haha. Nak enjoy the journey! Pastu bila dah sampai Penang, nak mandi laut! Nak pekena nasi kandaq! Nak pi main futsal kat Safira! Nak pi night market! Nak macam-macam lagilah! Hahaha~ kalau Aliyah baca ni mesti gila jealous punya!! Huhu. Sowie babeh ;p Jadi jadi jadi...tunggulah news-news and cerita-cerita yang bakal aku muatkan dalam blog sepanjang percutian aku kat rumah nanti! Wah!! Sukanyaaaaa!!! Chiow~

1 comment:

aLs said...

congratulation dear! :D

BTW..i tak jealous ok..wekx! :p