Friday, March 27, 2009

Cakap Cakap Cakap

Farid: "Hang present la, hang pandai cakap!"
Aku: "Hah? Adeh, hmm okay okay"

Itu apa yang Farid katakan malah ada beberapa lagi individu yang senada dengan dia. Persoalannya, "pandai cakap" itu dilihat dari segi konteks apa?

A. Adakah benar-benar pandai bercakap? atau;
B. Hanya cakap pandai?

Ini yang sedang aku pikirkan. Apakah aku di kategori A atau sebetulnya aku hanya dikelaskan di kategori B?? Huhu. Aku akui, kini aku makin banyak cakap. Jika dulu tiga jam aku hanya diam membatu di dalam class tapi sekarang lain pula kisahnya. Ada sahaja soalan yang nak ditanya, ada sahaja jawapan yang nak dijawab dan paling memenatkan ada sahaja cerita yang ingin dikongsi. Haha. Manusia berubah kan?

Jadi, jika ada kawan-kawan yang berkenaan terbaca entry ini...aku dengan pantasnya ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika kalian sudah annoying pada diri yang tak seberapa ini. Harap apa yang aku katakan lately ni di dalam class akan diambil kira sebagai sesuatu yang +ve berbanding -ve. Bukan apa, kita kan sama-sama sedang menuntut :)

*Kalau tak suka lain kali time present jangan suruh aku jadi presenter!! Huh! ;p

2 comments:

aLs said...

ouwh..yee..bukan slalu kamu pun sker bercakap ke? hhee..btw,kite sker bila kamu bercakap daripada kamu diamkan diri.. it means..something is not right..

MHB said...

yolah tuh...huhu