Tuesday, November 18, 2008

Perpisahan

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa hilang di mata tapi di hati tetap jumpa...lalala~"

Ini adalah antara bait-bait lagu yang selalu aku menyanyi time join mana-mana camping ketika di zaman persekolahan. Sedih, sayu dan macam-macam lagi perasaan bermain di fikiran ketika menyanyikan lagu ni. Perasaan itu mungkin timbul disebabkan lagu ini ada kena-mengena dengan perpisahan. Jadi tak hairan kenapa ramai kawan-kawan camping aku dulu muka toya ja bila menyanyi lagu ni. Haha. Bercakap mengenai perpisahan, rumah beralamat 3A-3F bakal kehilangan salah seorang ahlinya. Sham. Dia akan meninggalkan kami. 5 bulan bersama banyak yang kami dah tempuhi sebagai orang bujang. Aku masih ingat lagi bagaimana satu ketika itu masing-masing tak tahu memasak and at last Sham offer diri untuk jadi chef. Alhamdulillah, sekarang Lodeh pun dia dah TERROR! Serious, sekali lagi aku tekankan TERROR! Taqi one of vocalist kumpulan nasyid Nice pun puji lebih-lebih, siap tambah 3 kali waktu berbuka puasa Ramadhan yang lalu. Hehe. Baguslah, 3A-3F banyak mengajar kami apa itu erti kehidupan yang sebenar. By the way, cakap punya cakap hampir terlupa pulak nak bagi tahu kenapa Sham terpaksa quit dari 3A-3F. Sebenarnya, atas rasa tanggungjawab kepada keluarga Sham terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menguruskan perniagaan bapanya. Sudah tiba masa untuk dia berbakti kepada keluarga setelah 3 tahun menjadi student Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Perniagaan di UKM. Mungkin menyedihkan kerana kehilangannya namun dalam masa yang sama aku bangga dengan Sham. Sikap gigih dan sentiasa positive thinking beliau akan aku jadikan sebagai insipirasi dalam menghabiskan sisa-sisa sarjana aku di UKM. Jauh di mata, dekat di hati. Persahabatan ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Doa aku, Sham, kau akan terus maju ke hadapan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.



Dowh, hampir lupa...3A-3F juga ingin mengucapkan welcome to new members Rajan and Isyraf. Kini ahli 3A-3F adalah aku, Kaka, Rajan and Isyraf ;) to Rajan, kau mungkin akan dilantik sebagai 'mama' yang baru! Haks.

2 comments:

aLs said...

waa.cedeyh..chef dah takdak?? cian korg..tak dpt makan best2 lagi pasni..hiks.. ape2 pun, good luck to you Sham.

MHB said...

lepas ni kte orang dpt ama baru. huhu