i) Serenyut - mamat Langkawi ni kalau tidur mesti tak ingat dunia. Kalau berdengkur, fulamak! Satu UKM bleh dengar. Apa yang menakutkan pasal dia ialah dia ni suka mimpi hantu. Ada je mimpi-mimpi yang menakutkan time dia tidur. Hmm, aku pun tak paham! Padahal, dia ni ustaz! Hahaha...ustaz penakut!!

ii) Kaka - well, sepanjang aku kenal (penah jadi rumate aku 1 sem), dia ni kalau tidur mesti buat aksi orang kena marah! So, bila aku selidik punya selidik rupanya dia ni selalu jadi buruan lecturer sebab suka ponteng class. Huhu. Patutlah~
iii) Bai - seorang yang sukakan hiburan. Hiburan yang macam mana? Haa, kaki clubbing dia ni! Tak heran la kalau tidur pun dah macam menari. Haha. Tapi betul...tak tipu! Dia suka tidur macam ni. Katanya, kalau tidur letak tangan kat punggung rasa lagi best~ ntah betul ke tak dia ni!! Huhu.

iv) Rafiq - ini aksi tidur yang paling sempoi arh! Tidur penuh bergaya...haha. Dia ni urm suka melaram la jugak. Senang cite fashionable laa kata orang. Baju-baju dia kebanyakan semua branded. Setakat baju cikai-cikai ni tak layan la beb. Jadi tak pelik la kenapa dia tidur macam model tengah amik gambar~ He he he...
Sooo...kepada korang yang kenal aku maka berhati-hatilah kerana setiap gerak geri anda diperhatikan. Kuang kuang kuang~